KESIMPULAN

 KESIMPULAN HIDUP DALAM MASYARAKAT MAJMUK   

 (BY NURALIA SUZANA,02DMH22F1017)

 


  Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

 

     Masyarakat  majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan  mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan  pelbagai etnik yang lain.  Dari aspek kesinambungan, kemasukan Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

 

    Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran  masyarakat luar ke Tanah Melayu  telah mencorakkan  perspektif  masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya.


    Oleh itu,kesemua rakyat Malaysia harus berganding bahu dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk mengekalkan masyarakat majmuk di malaysia agar generasi-generasi akan datang dapat hidup dalam keadaan aman damai tanpa pergaduhan antara kaum.Ia juga penting agar peristiwa 13 mei 1969 tidak berulang lagi.

Comments