SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.


 


PENGENALAN (BY SHAHRIN ISMAIL -02DMH22F1003)

Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.





Sejarah Kaum India

Sejak dari pembukaan Selat Melaka, kaum India mula memasuki Tanah Melayu dan bekerja sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20,  negara India telah didapati oleh British sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Sekitar tahun 1880, Hugh Low dan Fredrick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British bagi mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu.
Kawasan ladang ataupun estet merupakan petempatan yang kebanyakkannya didiami oleh kaum India di Tanah Melayu pada ketika itu. Kebanyakkan kaum India menganut agama Hindi. Kaum India terdiri daripada pelbagai suku etnik antara Tamil, Ceylon, Telegu dan lain-lain. Kebanyakkan golongan Tamil telah diambil untuk bekerja di ladang-ladang.




Sejarah Kaum Cina

Sejak awal abad ke-19 telah berlakunya kedatangan buruh secara besar-besaran dari China. Kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi.

Masyarakat Cina ketika itu biasanya tinggal di bandar. Kebanyakkan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga dan sesetengah mereka bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Terdapat beberapa cara bagi kedatangan buruh ke Tanah Melayu antaranya ialah sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Kebanyakkan kaum Cina menganut agama Buddha dan sesetengah mereka menganut agama Kristian.






Sejarah Kaum Melayu

Kaum Melayu merupakan sebuah kaum dan penduduk asal di Malaysia. Antara perkerjaan mereka ialah bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan. Pada awalnya, orang Melayu menganut agama Buddha namun setelah kedatangan Islam, ianya telah menjadi agama utama dalam kalangan orang Melayu. Dengan kedatangan Islam juga masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan seperti solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan lain-lain lagi.



Comments

  1. Saya berhasil mendirikan bisnis restoran saya melalui bantuan Perusahaan Pinjaman Umum yang memberi saya pinjaman sebesar 350rb dengan tingkat pengembalian 3%, saya membayar setiap bulan, dan ini berjalan sangat baik dengan mereka.
    Siapa pun yang mencari pinjaman untuk memulai atau memperluas bisnis mereka harus menghubungi Mr pedroloanss@gmail.com atau nomor WhatsApp +1-863-231-0632 tentang cara mendaftar.
    Semoga beruntung.

    ReplyDelete

Post a Comment