KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


(PICTURE BY SUZANA 02DMH22F1017)


Kesan Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia. (BY ALIFF IRFAN,02DMH22F1034)


  Negara ini telah mempunyai masyarakat majmuk yang telah wujud sejak Zaman penjajahan British lagi.Pada tahun ini,dicatatkan anggaran 32.37 juta penduduk yang menetap di Malaysia dan bilangan itu didahului oleh 3 kaum terbesar iaitu Kaum Melayu (62.5%),Cina (20.6%) dan India (6.2%).


Masyarakat Melayu

Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini.Orang melayu diistilahkan sebagai kaum Bumiputera.Dalam perlembagaan,orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur Bahasa Melayu,mengamalkan adat istiadat  Melayu dan beragama Islam adalah kriteria yang diberikan perlembagaan.Ini memberikan implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu asal sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut.Disebabkan itu,apabila seseorang yang bukan melayu memeluk islam,seseorang itu dianggap secara automatik fasih berbahasa melayu dan hidup seperti orang melayu hasil daripada pergaulannya dengan orang melayu.

    Tafsiran kebudayaan pula mengaanggap Melayu itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada satu rumpun bangsa memiliki ciri-ciri umum seperti berbudaya kan Melayu, berbahasa Melayu dan berkuturunan ras Melayu.Dengan kata lain,orang Melayu itu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza daripada bangsa yang lain.

  Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang lain seperti Taiwan,Filipina hingga ke Kepulauan Pasifik di selatan dari Papua New Guinea.Terdapat teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-Deutro(Deutro Malay) yang berhijrah dari Yunan di Selatan China ke Kawasan-kawasan di selatan Tanah besar Asia,termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1500 Sebelum Masihi.

 Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarawan tempatan.Alasannya teori ini lebih serupa kan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh.


Masyarakat Cina

  Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan abad ke-19 lagi.Pulau Pinang dan Singapura telah menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-duanya dibuka oleh British pada tahun 1819 dan 1879.Tetapi,orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam Ketika Riau di bawah kekuasaan Johor.Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura dibuka oleh British.Pada awal abad ke-19,saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan mendapat izin untuk mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan dengan tenaga buruh Cina yang tidak begitu banyak .

 

       Pada pertengahan abad ke-19,peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor.Mereka diberi Kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka        ladang.Contohnya,Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua (Kangchu) di satu-satu Kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut sebagai Kangkar.Di Perak,Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari negeri-negeri selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut.Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 seiring dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah.Ini disebabkan suasana politik di Tanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan suasana politik di China.Selepas pada itu,kebanyakan kaum Cina tidak bercadang untuk terus menetap di Malaysia.Pada  tahun 1930-an,timbul kecenderungan di kalangan buruh cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasana politik dan ekonomi di China yang tidak stabil.

   Tambahan pula,ramai imigran Wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya tanda-tanda perubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini.Kedudukan orang cina mula mendapat perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1964 dan kemudian Tanah Melayu 1948.Sejak itu,orang cina mula menjadi warganegara dn dengan ini komposisi sebenar penduduk negara ini berubah.

 

Masyarakat India

Golongan awal orang India yang datang negara Ini dikesan sejak abad ke-19 lagi.Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai ‘saudagar raja’.Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi di negara ini.Selepas penjanjian Inggeris-Belanda 1824,Bristish membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen).Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada penjanjian tersebut.Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah,jalan raya dan jambatan.

      Pada tahun 1940-an pula,British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai. Oleh itu,sehingga petengahan abad ke-19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang.Apabila ladang kopi dan teh dibuka di negeri-negeri  Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India.Peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh india kerana upah nya lebih murah dan tambahan pula,pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu.



(PICTURE BY SUZANA 02DMH22F1017)

Comments