IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA


IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA (ZARISHA AZLIA,02DMH22F1005)

POLITIK

   Hubungan antara kaum dapat dieratkan di mana kaum Melayu dengan Parti Kebangsaan Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA), dan India Se-Malaysia (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan pegangan kaum masing-masing namun berada di bawah Parti Perikatan. Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan aman damai untuk menepati makna sebenar masyarakat majmuk melalui penggunaan “Malaysian Malaysia” sekitar tahun 1965.Seterusnya, Kewujudan pengamalan demokrasi berparlimen memudahkan rakyat untuk menyatakan bantahan dan meluahkan rasa ketidakpuasan etnik melalui wakil daripada etnik-etnik yang berbeza. Seseorang itu boleh bersuara dan membuat kritikan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan




EKONOMI 

Pembukaan tanah-tanah dan ladang serta peningkatan kepada perlombongan bijih timah telah banyak berlaku dan mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Hal ini menyebabkan keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh diperkenalkan. Seterusnya, keadaan negara Malaysia yang aman damai antara masyarakat Melayu, India dan Cina yang hidup bersatu padu dan saling menyokong antara satu sama lain menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia apabila kaum-kaum yang terdapat di negara ini menyokong perniagaan kaum masing-masing. Hal ini secara tidak langsung  dapat menyumbang kepada ekonomi bangsa mereka sendiri dan sekaligus menaikkan pendapatan kaum tersebut. Justeru itu, proses import dan eksport negara akan meningkat dan secara tidak langsung menaikkan imej negara di mata dunia.Pertumbuhan ekonomi yang baik secara berterusan dapat mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum. Kerajaan juga mampu mengendalikan program-program yang berkesan termasuklah dalam bidang pertanian, perdagangan dan sebagainya.




SOSIAL

  Wujudnya interaksi antara kaum iaitu  masyarakat Melayu, India dan Cina berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Contohnya apabila tiba musim perayaan hari raya aidilfitri yang disambut oleh orang islam juga turut diraikan bersama oleh kaum kaum yang bukan beragama islam seperti mengunjungi rumah terbuka yang diadakan. Selain itu, asimilasi bangsa turut berlaku apabila wujudnya perkahwinan antara orang asing dan penduduk tempatan. Hal ini menyebabkan adanya sub-kategori penduduk yang berdarah campuran seperti Melayu-Arab, Melayu-India atau Melayu-Cina. Seterusnya, setiap kaum mempunyai hak untuk menganut agama masing masing. Malaysia merupakan negara yang berbilang budaya dan agama dan agama rasminya ialah islam namun penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Selain itu, wujud juga kecenderungan di kalangan individu atau kumpulan untuk mengenali amalan kebudayaan kaum lain dengan lebih mendalam seperti cara pemakaian., bahasa dan adat resam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Namun, hal ini tidak bermakna bahawa etnik tersebut akan kehilangan identiti mereka tersendiri. Proses ini berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.

Comments